assalamualaikum . . hehe . . first post nih . . okey2 . . harini saya nak share karangan A dlm SPM . . cikgu bg dkt dlm klas haritu . . saje share dkt sini plak . . tak salah kan kalau kita berkongsi ilmu . . :D
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Begitulah kata-kata yang sering diingatkan kepada anak-anak agar menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Dari sejak kecil, kita telah ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa kita agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di seganap empat penjuru dunia tentang isu anak-anak melupakan ibu bapa mereka. Sebagai seorang anak yang telah dilahirkan dari rahim ibu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak terhadap ibu bapa kita.
Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya dan bukanlah wang ringgit atau harta benda. Kita hendaklah belajar dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat mengerapi segala impian dan harapan ibu bapa. Janganlah kita mudah berputus asa dan rajinlah bertanya kepada guru-guru jika tidak memahami sesuatu topik yang telah dipelajari kerana malu bertanya sesat jalan. Seorang cendekiawan dunia iaitu Albert Einstin ada mengatakan bahawa apa yang paling penting bagi anak-anak muda pada masa ini adalah sikap rajin bertanya. Oleh sebab itulah, kita hendaklah beringan mulut untuk bertanya. Sebagai seorang anak, janganlah kita sesekali mengecewakan ibu bapa kita. Sebagai tamsilan, apabila seorang anak itu ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ianya perbelajaran yang begitu besar amatlah diperlukan oleh anak tersebut dan oleh sebab itulah, kita hendaklah menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. Hal ini demikian, agar segala jenih-penih dan penat-lelah ibu bapa akan terbayar. Jelaslah bahawa, anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa dengan belajar bersungguh-sungguh.
Di samping itu, sebagai seorang anak kita hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan serta nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa. Janganlah sesekali kita membantah percakapan mereka selagi mana suruhan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. Kita mestilah patuh dan mendengar nasihat ibu bapa dengan penuh rasa hormat kerana mereka merupakan orang yang lebih tua daripada kita. Segala tugasan dan suruhan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada kita hendaklah dilaksanakan dengan penuh rasa keikhlasan dan bermanis muka. Apabila kita dibelenggu sesuatu permasalahan, mintalah nasihat dan dorongan daripada ibu bapa. Saidina Abu Bakar pernah berpesan bahawa sebaik-baik manusia adalah manusia yang sering meminta dan memberi nasihat. Uswahnya, apabila melakukan kerja-kerja dirumah, mintalah pertolongan dan pandangan daripada ibu bapa agar pekerjaan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna. Janganlah melakukan sesuatu kerja itu bagai melepaskan batuh di tangga. Tuntasnya, taatilah perintah, suruhan dan nasihat ibu bapa kerana amalan ini merupakan salah satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.
Selain itu, anak-anak perlu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa sekiranya telah dewasa dan berjaya. Setelah berjaya, janganlah kita mudah lupa bahawa ibu bapalah cerucuk utama kejayaan kita. Jika ibu bapa memerukan bantuan, bantilah mereka. Kita mestilah sentiasa mengingati bahawa segala perbelanjaan kita dari sejak kita kecil sehinggalah berjaya adalah dibawah tanggungan ibu bapa kita. Selain itu, apabila kita mempunyai keluarga sendiri, kita perlu kerap menziarahi ibu bapa agar anak-anak akan mencontohi sikap kita kerana kepimpinan adalah melalui teladan. Sebagai seorang anak, kita mestilah sentiasa beringat bahawa azab Allah itu amat sakit jika kita menderhaka terhadap ibu bapa kita. Janganlah bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana tanpa ibu bapa siapalah kita. Oleh itu, kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak dengan menghulurkan bantuan kepada ibu bapa kita.
Seterusnya, tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh anak-anak terhadap ibu bapa kita adalah dengan menghormati ibu bapa. Tanggungjawab ini amat penting kerana ibu bapa merupakan pihak pertama yang perlu kita hormati. Jangan sesekali kita menderhaka terhadap ibu bapa walau seburuk dan sejahat manapun mereka. Kita dilarang sama sekali meninggikan suara kepada ibu bapa. Jika kita mempunyai ibu bapa yang kurang berakhlak mulia, kita perlu menasihati mereka dengan nada suara yang baik dan berhemah tinggi. Senario ini persis dengan kata-kata seorang cendekiawan yang bernama Aflatun yang telah mengatakan bahawa percakapan yang beradab sopan dan berlemah-lembut boleh melembutkan hati yang keras. Oleh itu, nasihatilah dan bercakapalah dengan ibu bapa kita dengan menggunakan nada suara yang sederhana. Tambahan lagi, sebagai seorang anak juga kita perlu sentiasa berakhlak mulia terhadap ibu bapa kita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"Akhlak yang buruk akan merosakkan amal, bagai cuka merosakkan madu." Kata-kata ini membawa maksud bahawa hiasilah diri dengan akhlak yamg mulia agar ibu bapa tidak bersusah hati. Sebagai contoh, kita perlu mencari rakan-rakan yang baik dan yang tidak akan mempengaruhi kita dengan budaya hedonisme seperti melepak, berpeleseran dan merokok. Tegasnya, hormatilah ibu bapa kerana itu merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa yang seterusnya pula adalah dengan memberi kebahagiaan kepada ibu bapa. Apabila dewasa kelak, mungkin kita akan sibuk dengan kerjaya masins-masing dan keluarga sendiri, kita tidak seharusnya melupakan ibu bapa kita yang pernah membahagiakan kita dahulu. Kita perlulah meluangkan sedikit masa bersama ibu bapa dengan membawa merekapergi bercuti, Selain itu, kita juga boleh mmembawa ibu bapa ke rumah kita untuk makan bersama-sama. Hal ini sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pada masa ini, janganlah kita hanya makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan. Bagi melahirkan keluarga yang sakinah, anak-anak perlu membahagiakan ibu bapa. Cara lain bagi membahagiakan ibu bapa kita adalah dengan memberi kejayaan dan menuntut ilmu bersungguh-sungguh. LakmanulHakim pernah berpesan,"Wahai anak-anak kesayangan ku, tuntutlah ilmu kerana semasa kamu fakir, ilmulah hartamu dan semasa kamu kaya ilmulah perhiasan dirimu." Oleh sebab itulah, ibu bapa sering menasihati anak-anaknya agar belajar dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, apabila kita melanjutkan pelajaran, gunalah wang perbelanjaan untuk belajar, bukannya untuk berfoya-foya kerana kejayaanlah yang membahagiakan ibu bapa kita. Jelaslah, antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa adalah dengan membahagiakan mereka.
Selain daripada itu, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa di dunia dan akhirat. Kita perlu berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah setelah selesai menunaikan solat. Kita mestilah memohon agar ibu bapa kita ditempatkan dalam kalangan para mukminin. Setelah ibu bapa kita meninggal dunia, sentiasalah menziarahi kubur mereka dan mendoakan kesejahteraan mereke agar segala dosa-dosanya diampuni oleh Allah. Tambahan pula, jika ibu bapa kita sering melupakan kewajipannya terhadap Allah. Kita perlu membantu mereka supaya Allah meringankan seksaan-Nya terhadap ibu bapa. Jelaslah bahawa, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan ibu bapa kerana itu adalah salah satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.
Sebagai akhir kalam, anak-anak perlu memainkan peranan yang represif akan segala tanggungjawab kita dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap generasi yang cemerlang lahir daripada keluarga yang sakinah. Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan cemerlang. Keluarga yang harmoni dapat merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 sekali gus dapat menjulang negara ke puncak jagat kerana generasi yang bersahsiah, berketerampilan dan berakhlak mulia lahir daripada keluaga yang harmoni.
πππππ
ReplyDeleteya
Deleteπππππ
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagus karangan nie terima kasih sngt kat sapa cipta karangan nie yea
ReplyDeleteSngt2 menghargainya...
Bagus karangan nie terima kasih sngt kat sapa cipta karangan nie yea
ReplyDeleteSngt2 menghargainya...
I LUV THIS KARANGAN N HARI RAYA AIDILFITRI
ReplyDeleteADA KESALAHAN EJAAN IAITU DI PETIKAN EMPAT BARIS 21 * YANG * CIK LETAK * YAMG * OK
ReplyDeleteππ
ReplyDeleteberapa perenggan kesemuanya? btww nice essay!
ReplyDeletesalinah gemok bodo echah babi emzee
ReplyDeletebudak lima tahun pegi main jauh2
DeleteHm
Deletethanks..sudi berkongsi bersama
ReplyDeletethankyou finally i found this essay ,btw i want to copy this essay thankyou
ReplyDeleteGood job...nice essayπΈ
ReplyDeleteterima kasih <3
ReplyDeleteGG
ReplyDeleteTerbaik bossku
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan karangan ini untuk ujian lisan bm ye..
ReplyDeleteok
DeleteIm speechless
ReplyDeleteSo good
ReplyDeleteππ
ReplyDeletebagus anak
ReplyDeleteThanksπ sgt brgune
ReplyDeleteNice karangan...
ReplyDeleteUr essay is extraordinary.....u are superb.....im actually speechless....allow me to copy this essay....thx for sharing ur knowledge....sharing is caring....ππππ
ReplyDeleteThank you very much for this essay..i love it
ReplyDeleteThank you very much for this essay..i love it
ReplyDeleteπππ
ReplyDeleteNice karangan❤️π
ReplyDeleteAngela boss
ReplyDeletenice essayy, thanks
ReplyDeleteNICE ESSAY , THANK YOU
ReplyDeleteFuck
ReplyDelete???
Deletesy minta izin copy, trm kasihπ
ReplyDeletewoww
ReplyDeleteterima kasih...
ReplyDeletesama-sama
ReplyDeleteSaya minta izin copy ya
ReplyDeletebaik
ReplyDeleteNi kalau buat dalam spm memang pemeriksa bagi full mark terus awal ii lagi dah masuk peribahasa memang padu lah karang ni
ReplyDeleteYoko
ReplyDeleteT-bet, titanium density, yield, price, and all the
ReplyDeleteIt's a large number of ounces titanium knee replacement (180g). All of the other titanium dab nail heavy metal titanium edc oxide materials titanium necklace mens on this site include: titanium wedding band sets Aluminum, zinc, magnesium, lead.
z374b1xtvkb842 japanese sex dolls,penis rings,sex toys,women sexy toys,vibrators,dog dildo,sex chair,adult sex toys,sex chair l794x5pmzeu635
ReplyDelete